Aku, zola, cico, gemoi dan fakhrul telah mengadakan lawatan ke daerah2 yg dinyatakan di atas pada 11-12 july yg lalu. tujuan lawatan ini adalah untuk mengutip saki barang2 yg tertinggal semasa PUISI 07 di scout camp mt mellaray didaerah waterford yg terkenal dengan waterford crystal. VW polo 1.2 L bewarna silver yg disewa dari Enterprise.ie telah menjadi pengangkutan kami semua ke tempat2 berkenaan.
Mengambil keputusan utk bertolak diawal pagi sabtu 11july memandangkan sekarang cerah awal dan juga hanya bermalam sehari dikediaman Ustaz wan di blackpool shopping centre di cork. sempat memborong barang2 dapur di Tesco merrion yg buka 24 jam sebelom bertolak kerana kehadiran kereta sewa.
malang tidak berbau begitulah ungkapan..kalau ada bau dah lama dh nasi goreng dan juga sandwich yg menjadi bekalan perjalanan tidak akan ditinggalkan di muka pintu rumah. berhenti sketika di kildare didapati tiada bag makanan tersebut. nampaknye usaha aku bersengkang mata tidak mendatangkan hasil.. dan rezeki ansai dirumah utk menghabiskan makanan2 yg ditinggalkan kami.. kecewa punya pasal, aku mengambil keputusan utk tido bg mengelak perot yg lapar dari mempengaruhi otak..
Ibarat mimpi sedang2 nyenyak2 tido.. ahli2 rombongan laen mengejutku.. dalam mata yg tak berapa boleh celik lg aku dapati telah sampai disatu tempat yg dipenuhi castle2, sungai yg mengalir deras serta lembu2 ternakan yg memakan rerumputan yg hijau.. cantik sekali..
perjalanan diteruskan-destinasi berikut ialah rumah ustaz wan.. nak cari rumah ni punya la susah.. sbb dekat shopping centre. sampai blackpool tidak tahu mana hendak dituju..menalipon ustaz wan, arahan seperti GPS unit telah diberikan beliau. terkejut gk nama2 store sperti argos, atlantic homecare disebut.. arahan ustaz wan begitu precise sekali, rupanya beliau nampak kereta kami dr tingkap rumah beliau yg betol2 berada diatas restaurant eddie rocket’s..
kebetulan dr izul dan juga famili ada disitu. kami bertanya tentang port memancing di cork memandangkan beliau lebih lama dan mahir di jajahan munster ini. katanya pergilah ke Fota dan juga Cobh.. diatas jambatan lama terdapat port yg bagus. pergi punya pergi.. rupanya air surut ketika itu… tiada rezeki.. mencuba juga mencampak joran .. tetapi hanya umpan sahaja yg hilang… sejam lebih berlalu, berangkat pulang.. ustaz wan cuba mengubati kepasrahan dengan nasi goreng yg terbaek!
keesokan harinya selepas brunch nasi lemak, kami meninggalkan ustaz wan keseorangan, wife dia tak habes oncall lg. bergerak ke killarney yang terkenal dengan woolmill nya. mengushar youth hostel yg bakal menjadi lokasi PUISI 08.. tempatnya menarek, ada waterfall berdekatan dan juga anjing guard yg peramah. walopon dapurnya tidak sebesar dapur di waterford, aku berpendapat ckp la utk bakal chef nnt masak dengan riangnya.. tetapi lokasi yg begitu jauh dr dublin membuatkan aku berfikir proses pengangkutan bakal menjadi lg sulit.. tidak apa, biarlah AJK PUISI 08 membuat keputusan..
Setelah ke hostel berikut kami masuk ke “ring of kerry” tak pusing habes, memandangkan cuaca tidak mengizinkan sempat la kesana di beberapa tempat yg terkenal sperti ladies view dan Toch waterfall. destinasi berikutnya Dingle. dalam perjalanan singgah di Inch.. panaroma yg cantik.. pantai dimana ade ramai berpapan luncur.. sampai di dingle.. bergambaran di harbour dan juga dolphin yg bernama “fungie” yg menjadi buah hati masyarakat setempat selama 22 tahun ketika mula2 fungie mendarat di dingle bay.setelah makan di restaurant halal dihadapan harbour, kami meneruskan perjalan pulang merentasi Connor Pass. sungguh indah sekali disini… walopon cuaca berkabus tetapi pemandangan itu telah memberikan seribu satu makna..ketenangan..
Bergerak pulang ke dublin melalui tralee-limerick-highway to dublin.. gemoi telah menjadi pemandu bg sessi sterusnya kerana fakhrul sudah kepenatan.. sembang punya sembang tak sedar dh sampai dublin dalam pkl 3 pg..
seribu pengalaman..hanya gambar dapat menterjemahkan segalanya..
selamat!
cheers mate.