Selamat Hari Raya Aidilfitri…

•October 10, 2008 • 2 Comments

Salam,

Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.maka tibalah hari kemenangan atau pn hari raya. Kat sini depe panggel “eid”. Walau apa pun panggilannye. tetaplah tidak sama seperti meraikannya di Malaysia bersama keluarga. Kire thn nih kire dah 4 kali dah aku beraya diperantauan dan juge InsyaALLAH raya terakhir aku kt bumi dublin semasa undergare, tahun depan sudah mahu pulang sambung clinical years di PMC.

Apa pun, raya kali ni agak yg terbaek la sepanjang 4 thn. walaupun ketiadaan “kulops” yg dah balik PMC tapi dapatlah diganti dengan kawan2 baru. Kebanyakannya profesional n postgrad kt sini.. thn ni raya agak panjang kaki kami bukan kerana ade tumor ke ape tp disebabkan kehadiran “kuda babylon merah” abg jami yg balik kg untuk beraya bersama keluarga. Sebulan gak kitorang lenjan kereta dia. thanks. dari howth sampai la ke south circ even terenure pn..

So tanak ckp panjang, layan jerk la koleksi gambar2 raya..

SELAMAT!!!

Ramadhan kembali lagi…

•September 1, 2008 • Leave a Comment

Salam…

Ramadhan kembali lagi..harap kali ni dapat buat yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Seminggu puasa baru sessi pengajian semester bermula. Seperti biasa kehadiran bulan puasa juga telah disertai dengan undangan berbuka puasa.

SELAMAT!!!

Waterford,cork,cobh,ring of kerry,killarney & dingle peninsular…

•July 30, 2008 • 5 Comments

Aku, zola, cico, gemoi dan fakhrul telah mengadakan lawatan ke daerah2 yg dinyatakan di atas pada 11-12 july yg lalu. tujuan lawatan ini adalah untuk mengutip saki barang2 yg tertinggal semasa PUISI 07 di scout camp mt mellaray didaerah waterford yg terkenal dengan waterford crystal. VW polo 1.2 L bewarna silver yg disewa dari Enterprise.ie telah menjadi pengangkutan kami semua ke tempat2 berkenaan.

Mengambil keputusan utk bertolak diawal pagi sabtu 11july memandangkan sekarang cerah awal dan juga hanya bermalam sehari dikediaman Ustaz wan di blackpool shopping centre di cork. sempat memborong barang2 dapur di Tesco merrion yg buka 24 jam sebelom bertolak kerana kehadiran kereta sewa.

malang tidak berbau begitulah ungkapan..kalau ada bau dah lama dh nasi goreng dan juga sandwich yg menjadi bekalan perjalanan tidak akan ditinggalkan di muka pintu rumah. berhenti sketika di kildare didapati tiada bag makanan tersebut. nampaknye usaha aku bersengkang mata tidak mendatangkan hasil.. dan rezeki ansai dirumah utk menghabiskan makanan2 yg ditinggalkan kami.. kecewa punya pasal, aku mengambil keputusan utk tido bg mengelak perot yg lapar dari mempengaruhi otak..

Ibarat mimpi sedang2 nyenyak2 tido.. ahli2 rombongan laen mengejutku.. dalam mata yg tak berapa boleh celik lg aku dapati telah sampai disatu tempat yg dipenuhi castle2, sungai yg mengalir deras serta lembu2 ternakan yg memakan rerumputan yg hijau.. cantik sekali..

perjalanan diteruskan-destinasi berikut ialah rumah ustaz wan.. nak cari rumah ni punya la susah.. sbb dekat shopping centre. sampai blackpool tidak tahu mana hendak dituju..menalipon ustaz wan, arahan seperti GPS unit telah diberikan beliau. terkejut gk nama2 store sperti argos, atlantic homecare disebut.. arahan ustaz wan begitu precise sekali, rupanya beliau nampak kereta kami dr tingkap rumah beliau yg betol2 berada diatas restaurant eddie rocket’s..

kebetulan dr izul dan juga famili ada disitu. kami bertanya tentang port memancing di cork memandangkan beliau lebih lama dan mahir di jajahan munster ini. katanya pergilah ke Fota dan juga Cobh.. diatas jambatan lama terdapat port yg bagus. pergi punya pergi.. rupanya air surut ketika itu… tiada rezeki.. mencuba juga mencampak joran .. tetapi hanya umpan sahaja yg hilang… sejam lebih berlalu, berangkat pulang.. ustaz wan cuba mengubati kepasrahan dengan nasi goreng yg terbaek!

keesokan harinya selepas brunch nasi lemak, kami meninggalkan ustaz wan keseorangan, wife dia tak habes oncall lg. bergerak ke killarney yang terkenal dengan woolmill nya. mengushar youth hostel yg bakal menjadi lokasi PUISI 08.. tempatnya menarek, ada waterfall berdekatan dan juga anjing guard yg peramah. walopon dapurnya tidak sebesar dapur di waterford, aku berpendapat ckp la utk bakal chef nnt masak dengan riangnya.. tetapi lokasi yg begitu jauh dr dublin membuatkan aku berfikir proses pengangkutan bakal menjadi lg sulit.. tidak apa, biarlah AJK PUISI 08 membuat keputusan..

Setelah ke hostel berikut kami masuk ke “ring of kerry” tak pusing habes, memandangkan cuaca tidak mengizinkan sempat la kesana di beberapa tempat yg terkenal sperti ladies view dan Toch waterfall. destinasi berikutnya Dingle. dalam perjalanan singgah di Inch.. panaroma yg cantik.. pantai dimana ade ramai berpapan luncur.. sampai di dingle.. bergambaran di harbour dan juga dolphin yg bernama “fungie” yg menjadi buah hati masyarakat setempat selama 22 tahun ketika mula2 fungie mendarat di dingle bay.setelah makan di restaurant halal dihadapan harbour, kami meneruskan perjalan pulang merentasi Connor Pass. sungguh indah sekali disini… walopon cuaca berkabus tetapi pemandangan itu telah memberikan seribu satu makna..ketenangan..

Bergerak pulang ke dublin melalui tralee-limerick-highway to dublin.. gemoi telah menjadi pemandu bg sessi sterusnya kerana fakhrul sudah kepenatan.. sembang punya sembang tak sedar dh sampai dublin dalam pkl 3 pg..

seribu pengalaman..hanya gambar dapat menterjemahkan segalanya..

selamat!

cheers mate.

London…

•July 29, 2008 • 1 Comment

Pada tanggal 24-27 july yang lepas. aku bersama gemoi telah mengadakan lawatan sambil makan ke london sempena kempen “Summer Living”.. flight ryanair dr dublin telah delayed selama 3jam stgh.. buruk menunggu kt dublin airport tuh.. dipendekkan cerita sampailah di floyer house, whitechapel dalam pkl 3 pg.

Bilik eric koay menjadi mangsa.. memandangkan ini adalah kali pertama aku bertandang ke bumi london. selain drpd london heathrow. kira mcm jakun juga la sementara-naek tube,oyster card, dll.

Destinasi yg biasa org pergi kt london nih mcm, london eye, buckingham palace, trafalgar sq, tower bridge, dan pelbagai tempat shopping yg menarik jikalau duit ada. makanan halal pon banyak.. shisya kt andalos cafe di edgeware st mmg terbaek.. steak dan milkshake juga terbaek.

Ucapan terima kasih kepada eric dan rakan2 kt london..

ade rezeki nnt buleh datang lg..

nikmatilah gambo2 yg aku sempat ambil dikota london..

selamat!

cheers mate.

Sejenak bersama Hj. hadi

•July 10, 2008 • 3 Comments

Pada 5 julai yg lalu bertempat di Jury’s Montrose Hotel, Belfield telah diadakan program sejenak bersama Hj hadi. kebetulan beliau ada urusan di london dan sebelum pulang ke malaysia sempat singgah di dublin bagi sessi ceramah+dialog.

Sempat lepak umah abg ucop. ada makan2 sbelum berlepas ke hotel..

layankan gambar2..

Selamat!!

cheers mate.

The Oireachtas & Viking festival

•July 9, 2008 • Leave a Comment

The Oireachtas (IPA: [ɛrʲaxt̪ˠasˠ]) is the “national parliament”[1] or legislature of Ireland, sometimes referred to as Oireachtas Éireann.

The Oireachtas consists of:

* The President of Ireland
* The two Houses of the Oireachtas (Irish: Tithe an Oireachtais):
o Dáil Éireann (Lower)
o Seanad Éireann (Upper)

The Houses of the Oireachtas sit in Leinster House in Dublin, an eighteenth century ducal palace. The directly-elected Dáil is by far the most powerful branch of the Oireachtas.


•June 24, 2008 • Leave a Comment


Happy birthday Rozai-42

Pada tanggal 21 june yg lepas diadakan birthday party abg rozai seorang architect di Dublin. Party diadakan di kediaman beliau di sandyford center berhampiran dengan Beacon private hospital.

Antara menu yg tersedia sate, laksa penang, karipap, ice cream kek yang best serta pelbagai juadah lagi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran clown undangan kak linda..

Pendek kata, seharian lepak.. best! makan dan teros makan..

Selamat!!
cheers mate

Para photographer

makang2

Abg Ucop & Rozai

Scottish

Juadah

Abg Ucop memikirkan strategi utk menang

Clown menghiburkan kanak2 sekalian

yeah.. gelanggang dh bukak

Kak lily menceritakan perihal summer sale dan juge handbag Christian Dior